Monday, December 8, 2008

Perkakasan Komputer








MONITOR
Secara amnya,monitor memainkan peranan yang amat penting apabila kita mahu menggunakan komputer. Bagi memainkan perisian multimedia pula, perkakasan ini sangatlah penting kerana segala pemaparan akan dibuat menggunakan peralatan output ini.

JENIS MONITOR
- Tedapat empat jenis monitor iaitu :
- Monitor MonoChrome.
- Monitor Warna.
- Monitor Multisync.
- Monitor ELD (Elektro Luminescent Display).

Kita hanya membincangkan monitor biasa yang selalu kita gunakan iaitu Monitor Warna. Kualiti sesuatu monitor bergantung kepada beberapa sebab.Diantaranya ialah bilangan titik (pixel) yang dipaparkan oleh skrin monitor komputer tersebut.Lebih banyak bilangan titik (pixel), lebih tajam dan lebih berkualiti teks dan grafik yang dipaparkan.
-Terdapat empat jenis monitor warna di pasaran :
- Monitor CGA (Color Graphics Adapter) memaparkan dua jenis resolusi iaitu resolusi sederhana yang mempunyai 320x200 pixel dan resolusi tinggi yang mempunyai 640x360 pixel.
- Monitor EGA (Enhance Grapik Adapter) pula mempunyai 320x200 pixel sahaja.- Monitor VGA (Visual/Video Graphich Adapter) pula mempunyai resolusi 800x600 pixel.
- Monitor SVGA (Super Visual/ Video Ghrapich Adapter) pula memaparkan resolusi setinggi 1024x768 pixel lebih baik dari VGA.Kualiti skrin monitor SVGA lebih baik dan menarik seperti kita melihat television dalam jarak yang sesuai.

CPU (UNIT PEMPROSESAN PUSAT)


- Peranan CPU adalah sangat penting untuk memastikan sesebuah PC dapat berfungsi. Biasanya CPU terletak di dalam sebuah soket (Socket 7 untuk Pentium Class atau Socket 8 untuk Pentium Pro) atau sebuah slot (Slot 1 untuk Pentium II), yang akan dikunci pada soketnya dengan menggunakan sebuah alat 'kuncian'.

- Kebanyakan CPU berbentuk segiempat leper dan berwarna hitam, perak-kelabu atau warna keemasan dengan barisan pinnya tercancang disebelah. Apa yang kelihatan di bahagian luar hanyalah 'casing', sedangkan cipnya yang sebenar berupa segiempat silikon kecil dimana saiznya kira-kira sebesar kuku dan tertanam dalam segiempat berkenaan. Manakala ruangan CPU yang selebihnya merupakan penghubung daripada bahagian pada cip tersebut kepada pin-pin yang berwarna keemasan.
- Kedudukan CPU di dalam soket amatlah penting, kerana jika tersalah pasang boleh menyebabkan kerosakan pada CPU tersebut atau bahagian lain pada sistem komputer.
- CPU juga mempunyai sebuah 'cache' pada papan litar atau 'buffer' yang terbina di dalamnya, membolehkan CPU menyimpan maklumat yang biasa digunakan di samping akan mempercepatkan tahap prestasinya. Kapasiti 'cache' ini yang diklasifikasikan sebagai Level 1 arai L1 tidaklah sebesar mana, yakni kira-kira 8K (Kilobait) bagi CPU 486 dan mencecah 64K bagi CPU AMD K-6 terbaru.

Tugas unit kawalan
Unit Aritmetik /Logik (ALU)adalah bahagian lain dalam CPU yang melaksanakan dua aktiviti iaitu:
1. Mengawal kelajuan operasi di atas.
2. melaksanakan operasi aritmetik, perbandingan dan logik :

(a) Operasi aritmetik: tambah (+), tolak (-) , darab (*) dan bahagi (/)

(b) Operasi logik, membandingkan satu data dengan data yang lain iaitu lebih besar (>), lebih kecil (<), sama dengan (=), dan gabungan ketiga-tiga operasi tersebut.

Kelajuan PC

Kelajuan CPU dipengaruhi oleh tiga faktor utama:1.Kelajuan dalaman (Internal Bus) atau dalam bahasa pasar dikenali sebagai CPU speed. Kelajuan 1GHz, 2GHz dan sebagainya merujuk kepada kelajuan dalaman. Semakin tinggi maka semakin lajulah data tersebut diproses2.Kelajuan luaran (External Bus) atau dikenali sebagai Bas Luaran merupakan kelajuan diluar CPU tersebut dan mesti disokong dengan kelajuan motherboard. Ia juga dikenali sebagai Front Bas. Sekiranya Bas Luaran untuk CPU tersebut adalah 400MHz maka motherboard mesti mempunyai kelajuan BAS yang sama. Bas luaran berbeza diantara CPU yang berlainan. Semakin tinggi kelajuan luaran maka prestasi komputer meningkat.3.Saiz Ingatan Cache (Cache Memory). Semakin besar saiz ingatan cache maka prestasi CPU keseluruhan akan meningkat. Fungsi utama ingatan cache adalah untuk menyimpan arahan yang pernah diproses oleh CPU.

KEYBOARD


- Papan kekunci merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk memasukkan data ke dalam komputer.
- Papan kekunci menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu iaitu:
- Menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan untuk dihantar ke
CPU bergantung kepada kekunci yang ditekan.
- Bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.
- Mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut di tekan lama.
- Menyimpan secara sementara atau”menimbal” input jika kekunci ditaip terlalu
pantas.

- Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY.yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas disebelah kiri danbiasanya mempunyai 101 kekunci.
- Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip.
- Papan kekunci mempunyai pangawal (controller) dan pengimbal (buffer) kekunci.
- Segala yang ditaip akan disimpan dalam pengimbal.


TETIKUS

-Tetikus(mouse)merupakan peranti input ke komputer.
- Berfungsi untuk mengawal gerakan penunjuk atau cursor pada skrin paparan.
- Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata.
- Jenis tetikus dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan ciri-ciri fizikal dan
keupayaannya seperti:
- Tetikus bebola dengan wayar.
-Tetikus bebola tanpa wayar.
- Tetikus optik dengan wayar.
- Tetikus optik tanpa wayar.
- Amat diperlukan terutamanya apabila menggunakan sistem pengoperasi
tetingkap(Window)seperti Microsoft Windows, Linux.
- Ia memudahkan seseorang pengguna untuk menggendalikan perisian animasi ,
grafik dan program dekstop publishing .
- Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergarak dalam
arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut
berada.
Fungsi tetikus asas masih sama dan dibahagikan kepada 4 aktiviti utama iaitu:
- Klik atau klik tunggal (Click atau Single click) untuk membuat pilihan yang tertentu pada skrin papan.
- Dwiklik (Double click) untuk membuka dokumen atau memulakan program.
- Klik kanan (Right click) untuk memaparkan senarai arah / program pada skrin komputer.
- Heret dan lepas (Drag and Drop) untuk proses pemindahan ikon / item pada skrin.

KEBAIKAN TETIKUS

- Memudahkan pengendalian perisian tetingkap.Pengguna tidak perlu memudik menu yang berjela untuk melakukan pelbagai fungsi.
- Mudah dipelajari dan mempunyai fungsi yang piawaian.
- Tahan lama dan memerlukan penyelenggaraan yang mudah kerana perlu dicuci secara berkala.
- Memerlukan liang sambungan yang piawai.

KEBURUKAN TETIKUS

- Memerlukan ruang yang luas dan rata untuk digunakan.
- Menimbulkan tekanan pada pergelangan tangan dengan penggunaan waktu yang lama secara berpanjangan.
- Tetikus berbola perlu dibersihkan secara berkala untuk memastikan pergerakan yang lancar.



























1 comment:

alam said...

lawatilah www.caklam.blogspot.com